RPH

RPH & REFLEKSI SAINS TAHUN 6

 

Mata Pelajaran                       :               Sains
Tahun                                     :               Tahun 6
Bilangan Murid                     :               12 orang
Tarikh                                     :               2 November 2012
Tema                                      :               Menyiasat Alam Bahan
Bidang Pembelajaran           :               Pengawetan Makanan
Objektif Pembelajaran         :               Memahami proses pengawetan makanan dan kepentingannya.
Hasil Pembelajaran               :               Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
                                                        i.              Memahami  pengawetan makanan
                                                        ii.             Menyatakan jenis pengawetan makanan dengan betul
                                                        iii.            Menyatakan kepentingan pengawetan makanan dengan betul
Pendekatan                           :               Pemerhatian
Kaedah                                   :               Penyelesaian masalah, perbincangan
Kemahiran Sainstifik                         Berkomunikasi, mentafsir maklumat.
KBKK                                     :               Menjana idea, mengumpul, membuat inferens
Bahan, peralatan dan bahan sumber :            
a)             Kad Manila
b)            Gambar
c)             Buah oren
d)            Makanan dalam bungkusan dan botol

Langkah berjaga-jaga : tiada

Pengetahuan Sedia Ada : 
Murid telah mengetahui mengenai makanan yang rosak. Murid mengetahui bahan-bahan makanan dalam botol dan tin. Selain itu, murid juga pernah menemui bahan-bahan makanan ini di rumah dan sekolah.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )
Pengawetan bahan makanan
Memahami pengawetan makanan

Guru menunjukkan buah oren yang hampir busuk.
-guru bersoal jawab perihal keadaan buah oren jika tidak dilakukan pengawetan makanan
Memerhati dan mendengar penjelasan guru.
- murid-murid bersoal jawab dengan guru
Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

BBM :
Buah oren
Menstruktur/ Menstruktur semula
( 15 minit )
Memahami pengawetan bahan makanan
1. Guru bersoal jawab maksud pengawetan makanan.


2. Menyenaraikan tujuan pengawetan makanan dijalankan.




3. Menyenaraikan kaedah pengawetan makanan boleh dijalankan
   Contoh:
·     pempasteuran
·     Pengeringan
·     Pembotolan
·     Pembungkusan vakum
·     Penyejukan

Guru mengutarakan persoalan utama.
a)   apakah jenis pengawetan makanan
 b)   cuba senaraikan 5 jenis pengawetan makanan


4. Guru memberi masa 5 minit kepada murid untuk memerhati dan memahami bahan di atas kad manila yang mempunyai jenis-jenis pengawetan makanan.
a) guru menerangkan bahan mengajar dengan lebih jelas.


5. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
a) guru mengadakan pertandingan berkenaan jenis pengawetan dan contoh serta maksud yang betul.

1. Murid menjalankan aktiviti bagi menjawab persoalan.


2. Murid akan membuat pemerhatian dan melibatkan diri dalam menjawab soalan guru.



3. Murid menulis jawapan jenis pengawetan di papan hitam
·         pempasteuran
·         Pengeringan
·         Pembotolan
·         Pembungkusan vakum
·         penyejukan















4. Murid bergerak ke depan dan melihat serta memerhati setiap kad manila yang ada.
a) murid membaca secara beramai-ramai bahan yang disediakan guru.








5. Murid melibatkan diri dalam pertandingan yang diadakan.

Strategi / Teknik :  
Perbincangan, menganalisis

KPS :
Memerhatikan
Berkomunikasi
Mentaksirkan data

KBKK :
Mengumpulkan
Membuat inferens

BBM :
Kad manila, bahan dalam bungkusan dan botol

Nilai murni :
Bekerjasama
Aplikasi Idea
( 5 minit )
Menghargai sumbangan teknologi dalam pengawetan makanan untuk kesejahteraan hidup
Guru mneghubungkaitkan pengawetan makanan dengan pengagihan, pembaziran dan nilai komersial
Murid menjalankan aktiviti sumbang saran tentang faedah mengawet makanan.
Strategi :
Perbincangan

KPS :
Berkomunikasi

KBKK :
Menjana idea
Refleksi / Penutup
( 5 minit )
Kesimpulan
1.  Guru meminta murid membuat refleksi tentang pelajaran hari ini dan membuat kesimpulan.
2. Guru menaksir kefahaman murid.
1. Murid membuat refleksi dan kesimpulan .



Refleksi.

a)                   Penerangan tentang topik pengajaran

                Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sebahagian murid-                murid menunjukkan reaksi positif manakala sebahagian lagi masih kurang jelas                 terhadap penerangan yang diberikan. Setelah saya menunjukkan bahan-bahan     makanan yang mengalami proses pengawetan makanan secara pembotolan dan pengetinan barulah murid yang keliru tadi dapat memahami cara pengawetan makanan.

                Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar, objektif pembelajaran mencapai 72%. Semua murid dapat   memahami pengawetan makanan, menyatakan jenis pengawetan makanan, serta kepentingan pengawetan makanan dengan betul. 


b)            Pemerhatian dan penerangan lanjut
Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati murid-murid menunjukkan reaksi positif, murid-murid lebih jelas dengan pengajaran yang diajarkan oleh saya. Murid-murid menunjukkan minat dan mereka lebih menguasai pengajaran berkenaan pengawetan makanan.


c)             Pertandingan
Melalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, kebanyakan murid dapat menjawab persoalan yang diutarakan berdasarkan topik yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti pertandingan dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap topik yang dipelajari. Aktiviti pertandingan dalam P&P dapat menarik minat murid dalam pembelajaran. Selain itu, pertandingan ini juga dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap topik- topik yang telah dipelajari.


Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang murid dapat menjawab soalan dan menguasai pengajaran yang diajarkan. Murid-murid mudah berkomunikasi dan mengaitkan pengawetan makanan dengan faktor yang diperlukan untuk melakukan proses pengawetan makanan dan menghubungkaitan pengawetan makanan dengan pengagihan, pembaziran dan nilai komersial.


Kekuatan:

a)             Pemikiran murid dapat dicungkil dengan persoalan yang dikemukan kepada murid-murid. Murid-murid telah memberi respon yang sangat baik. Murid-murid lebih mudah memahami dan menguasai mengenai jenis pengawetan makanan, dan kepentingan pengawetan kepada manusia. Saya menggunakan model pembelajaran berasaskan masalah. Ia merupakan satu kaedah pembelajaran yang mendidik murid untuk menyelesaikan masalah, tetapi pada masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas.

                Dalam model P&P ini, saya mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar kepada murid. Model ini didapati sesuai digunakan bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid tetapi juga menyokong kepada pembangunan generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan sebagainya.


b)            Model ’Team Games Tournament' TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang      disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu      permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.


Kelemahan:

a)             Daripada pemerhatian saya, saya mendapati penglibatan murid dalam hasil perbincangan adalah kurang aktif kerana murid-murid yang lemah hanya duduk    diam. Mereka tidak berani memberi pendapat mereka masing-masing.
b)            Komunikasi aak terhad, ini kerana murid-murid lebih terdedah kepada bahasa Cina jika dibandingkan dengan bahasa Melayu. Akibat kelemahan komunikasi ini penerimaan pelajaran pada peringkat awal oleh murid-murid perlu ambil masa untuk memahami apa yang diajar.


c)             Tiada kemudahan ICT di dalam kelas, ini mengakibatkan pengajaran dan pembelajaran saya kurang menarik minat pelajar untuk fokus pada pelajaran yang diajarkan.


Tindakan Susulan:

a)             Saya akan memperbanyakkan persoalan kepada murid-murid supaya semua murid dalam kelas dapat  menjawab soalan-soalan yang diajukan.

b)            Saya perlu menjelaskan berulang kali untuk murid-murid lebih memahami dan menguasai pengajaran saya.

c)             Saya perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengadakan bahan-bahan bantu mengajar agar murid-murid lebih berminat dan fokus di dalam pengajaran dan pembelajaran yang diajar.

d)            Lebih melibatkan kerja kumpulan dan permainan di dalam kelas untuk menarik minat dan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran ini.



2 comments:

  1. minta jasa baik cikgu, saya nak buat rujukan bahan ini. tq...syima

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera, saya minta jasa baik cikgu, saya nak buat rujukan bahan ini. terima kasih. ixora.

    ReplyDelete