JENIS-JENIS

PENGERINGAN
Dalam proses pengeringan, air akan hilang dari makanan dan mikroorganisma akan mati atau tidak aktif.Contohnya ikan kering, cili kering dan buah-buahan.






PENYEJUKBEKUAN
Proses ini akan menjadikan mikroorganisma tidak aktif pada suhu beku. Pembekuan tidak membunuh bakteria tetapi ia menghentikan aktiviti bakteria yang menyebabkan makanan basi. Ia popular kerana ia tidak mengubah perisa sesebuah makanan kecuali buah-buahan yang akan menjadi kekapasan apabila dibekukan.




PENJERUKAN

Menggunakan cuka atau asid yang akan menyebabkan mikroorganisma tidak dapat hidup. Contohnya bawang dan lada. Gula juga boleh digunakan di mana campuran gula akan menghilangkan air dari buah-buahan mengelakkan pembiakan mikroorganisma.
Contohnya buah pala dan mangga.




PEMBOTOLAN DAN PENGETINAN
Sebelum dimasukkan ke dalam tin, sesuatu makanan akan direbus atau dimasak dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria di dalamnya. Makanan ini kemudian disimpan secara steril dalam tin, botol atau kotak (seperti susu)




PENGASINAN
Merupakan proses tradisional dimana menggunakan garam kasar. Dalam proses ini, garam akan mengeluarkan kelembapan dan menghalang pembiakan mikroorganisma. Contohnya ialah telur asin.




PEMPASTEURAN
Proses pemanasan makanan pada suhu tertentu untuk membunuh bakteria. Kemudian diikuti dengan penyejukkan. Contohnya susu segar, yougurt dan jus.





PELILINAN
menyalut makanan dengan lapisan lilin untuk melambatkan kehilangan air daripada buah dan sayur serta mencegah penumbuhan kulat. Buah akan jadi bekilat setelah dicelup atau disembur lilin. Contoh buah: epal, anggur, limau, tembikai, lemon dan nanas. Sayuran pula: tomato, keledek, labu, cili, terung dan pelbagai jenis lagi.



No comments:

Post a Comment