OOI MOOI KIANG D20112054324
Friday, 25 July 2014
Thursday, 27 March 2014
Wednesday, 14 November 2012
Jom Belajar Bahasa Melayu Bersama: Simpulan Bahasa
Jom Belajar Bahasa Melayu Bersama: Simpulan Bahasa: Simpulan Bahasa 1. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. 2. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua ...
WONG KOOI LAN (D20112054358): Permainan Mencari Kata NamaMenonton video ini dan...
WONG KOOI LAN (D20112054358): Permainan Mencari Kata Nama
Menonton video ini dan...: Permainan Mencari Kata Nama Menonton video ini dan menyebut kata nama. Lagu Sayur-sayuran
Menonton video ini dan...: Permainan Mencari Kata Nama Menonton video ini dan menyebut kata nama. Lagu Sayur-sayuran
Tuesday, 6 November 2012
P n P
PENGAWETAN MAKANAN
Murid menyenaraikan jenis-jenis pengawetan makanan
Menerangkan pengawetan jenis pempasteuran
Menerangkan pengawetan jenis pengeringan
Menerangkan pengawetan jenis pembotolan
Menerangkan pengawetan jenis pembungkusan vakum
Menerangkan pengawetan jenis penyejukan
Murid memberi maksud dan contoh penyejukan
Murid diberi masa 5 minit untuk memahami bahan-bahan dalam kad manila
Guru menerangkan sekali lagi pengawetan makanan dan meminta semua murid membaca beramai-ramai
Pertandingan berkumpulan diadakan
Menerangkan kepentingan pengawetan makanan
LATIHAN
Menyiasat Alam Bahan : Cara Mengawet Makanan
LATIHAN 1
A. Pilih jawapan yang tepat.
1 Bahan makanan perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkannya daripada dicemari oleh
A habuk
B bakteria
C cendawan
D Debu
2 Bakteria yang membiak pada bahan makanan boleh menyebabkan
A demam.
B selesema.
C cirit-birit.
D batuk.
3 Buah mangga boleh diawet melalui proses
A penjerukan.
B pengeringan.
C penyejukbekuan.
D pemanasan.
4 Selepas minum segelas susu, Siti berasa sakit perut dan muntah-muntah.
Keadaan ini disebut
A keracunan makan.
B gastrik.
C alergi makanan.
D memilih makanan.
5 Jem, kicap dan sos diawetkan dengan kaedah
A pengetinan.
B pengeringan.
C penjerukan.
D pembotolan.
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. dan _ merupakan unsur-unsur perosak bagi bahan makanan.
2. Cili sesuai menjalani proses untuk disimpan lebih lama.
3. ialah kaedah mengawet bahan makanan dengan menyimpannya pada suhu yang rendah
4.
mesti dituliskan pada botol,tin atau bungkusan
makanan agar pengguna tidak terbeli makanan yang telah rosak.
5. Dalam kaedah , bahan makanan dipanaskan tanpa mendidihkannya.
C. Nyatakan maklumat-maklumat penting yang ada pada label atau bungkusan sesuatu barang pada jadual di bawah.
LATIHAN 2
Bahagian 1
A Lengkapkan jadual di bawah.
B Nyatakankan tanda-tanda kerosakan bagi jenis makanan berikut.
:
Jenis makanan
|
Tanda kerosakan
|
Telur
| |
Minumantin/kotak
| |
Sayuran
| |
Kuih
| |
Makan keropok
|
C Jawab soalan di bawah berdasarkan gambar rajah di bawah.:
1. Apakah kaedah pengawetan yang sesuai bagi jenis makanan di atas?
_
2. Apakah bahan-bahan utama yang diperlukan dalam proses pengawetan ini?
_
3. Apakah keburukan kaedah pengawetan ini?
_
4. Nyatakan tiga jenis makanan yang boleh diawet dengan menggunakan kaedah ini.
i. _
ii. _
iii. _
Bahagian 2 - Soalan Berbentuk UPSR
1 Seorang murid membiarkan sekeping roti di dalam almari. Selepas empat hari dia mendapati terdapat tompok-tompok hitam pada roti tersebut. Apakah yang menyebabkan keadaan itu berlaku?
A Keadaan yang gelap
B Keadaan yang gelap dan berair
C Keadaan yang gelap dan lembap
D Keadaan yang tertutup dan berangin
2 Antara bahan berikut, yang manakah diperlukan dalam proses penjerukan?
I Air
II Cuka
III Garam
IV Pewarna makanan
A I sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
3 Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang pengawetan makanan?
A Mengalakkan proses pertumbuhan bakteria dan kulat
B Menghilangkan zat-zat yang terdapat pada makanan
C Menambah kesegaran pada sayur-sayuran dan buah-buahan
D Memberi zat-zat tambahan pada makanan
4 Penyejukbekuan dapat menjadikan ikan dan daging tahan lebih lama kerana
A bakteria dan kulat akan mati pada suhu takat beku.
B ikan dan daging terhindar dari lalat dan serangga lain.
C ikan dan daging hanya diawet secara penyejukbekuan.
D pembiakan bakteria dan kulat terhenti pada suhu takat beku.
Subscribe to:
Posts (Atom)